Skip to content

Rumah Mesra Rakyat (RMR 2.0): Panduan Lengkap untuk Memohon dan Manfaat yang Ditawarkan

Apa Itu Rumah Mesra Rakyat 2024 (RMR 2.0)?

Rumah Mesra Rakyat 2024 (RMR 2.0) adalah inisiatif kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah. Program ini menyediakan rumah bernilai antara RM75,000 hingga RM85,000 kepada mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan. Sejak dimulakan, lebih 63,000 rumah telah dibina.

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.

Manfaat Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

RMR bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani, dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang. Subsidi pembinaan sehingga RM20,000 disediakan untuk meringankan beban mereka.

Syarat Kelayakan Permohonan RMR 2024

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon RMR 2024:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  4. Tidak memiliki rumah sendiri atau hanya memiliki rumah usang.
  5. Mempunyai tanah yang sesuai dan bebas gadaian.
  6. Jika bukan pemilik tanah, perlu mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.
  7. Keluasan tanah minimum 3,600 KPS.

Kaedah Pelaksanaan Dan Ciri-Ciri Program RMR

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat

Secara Online

  1. Layari laman web SPNB di SPNB Online.
  2. Daftar akaun baru dan isi borang permohonan.
  3. Terima ID Login dan kata laluan melalui emel.
  4. Log masuk dan lengkapkan borang permohonan.
  5. Klik ‘Selesai Pendaftaran’ dan cetak borang.
  6. Hantar borang bersama dokumen lengkap ke pejabat SPNB terdekat.

Secara Manual

  1. Dapatkan borang di cawangan SPNB.
  2. Isi borang dan hantar bersama dokumen sokongan ke cawangan SPNB.

Senarai Cawangan SPNB

Cawangan Kedah

No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-4250 378
Emel: [email protected]
En. Ahmad Yamani Bin Zainol

Cawangan Melaka

No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
Telefon: 06-288 4335 / 06-288 4770
Emel: [email protected]
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Negeri Sembilan

No 19 & 19 A, Jalan Ainsdale 15/3, Bandar Ainsdale, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Telefon: 014-382 4979
Emel: [email protected]
En. Mohd Faizal Bin Burhoroldin

Cawangan Terengganu

Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Telefon: 09-625 0076 / 09-625 0067
Emel: [email protected]

Cawangan Perak

No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438 /
Emel: [email protected]
Ir Ahmad Helmi Ahmad Khalil

Cawangan Pahang

A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
E-mail: [email protected]
En. Ahmad Hanafi Bin Kamaluddin

Cawangan Johor

Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
E-mail: [email protected]
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Kelantan

Lot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-740 6546 / 740 6048
E-mail: [email protected]
Mejar (B) Ismail Bin Hassan

Cawangan Sarawak

Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
E-mail: [email protected]
En. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep Mohdzar

Cawangan Sabah

Lot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-274 663 / 013-880 8194
E-mail: [email protected]
En. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin Abdullah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumst lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel: [email protected]

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  3. Salinan geran hakmilik tanah terkini.
  4. Slip gaji terkini (3 bulan) atau surat akuan pendapatan.
  5. Surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang.
  6. Surat kebenaran pelepasan tuan tanah.
  7. Salinan sijil nikah pemohon.
  8. Borang laporan tapak bergambar.

Bagi yang bekerja sendiri, tambahan dokumen seperti penyata bank 3 bulan terkini dan pendaftaran perniagaan (SSM) diperlukan.

Tempoh Kelulusan dan Pembinaan

Kelulusan permohonan Rumah Mesra Rakyat biasanya mengambil masa tiga bulan, tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. Tempoh pembinaan rumah adalah 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong atau perjanjian.

Sebab-sebab Permohonan Ditolak

  1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan.
  2. Sudah memiliki rumah yang masih baik.
  3. Tapak cadangan tidak sesuai.
  4. Geran hakmilik mempunyai masalah.

Soalan Lazim Mengenai Rumah Mesra Rakyat

Bolehkah Menggunakan Tapak Tuan Tanah yang Telah Meninggal Dunia?

Tidak boleh. Semua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran tanpa sebarang sekatan.

Bolehkah Rumah Mesra Rakyat Diubahsuai?

Boleh, dengan syarat ubah suai tidak melibatkan struktur utama dan mendapat kelulusan SPNB.

Siapa Bertanggungjawab untuk Penyediaan Tapak dan Penyambungan Air/Elektrik?

Pemohon bertanggungjawab menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik.

Bagaimana Membuat Pembayaran Bulanan?

Pembayaran boleh dibuat melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN.

Siapa Perlu Membayar Jika Pemohon Meninggal Dunia?

Jika pemohon diinsuranskan, pinjaman ditanggung oleh insurans. Jika tidak, pemohon kedua, tuan tanah atau pewaris perlu meneruskan pembayaran.

Dengan informasi yang lengkap ini, diharapkan dapat membantu anda dalam proses permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024 dan menikmati manfaat yang ditawarkan. – ViRAL

Rumah Mesra Rakyat SPNB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *